Taman Bukit Katil Damai terus subur. Pada musim Aidil Fitri lalu, rumah terbuka silih berganti. Saya percaya pada Aidil Adha nanti, insyaAllah akan ada takbir rumah ke rumah.
Dalam seminggu dua ni ada juga majlis seperti majlis perkahwinan, aqiqah dan doa selamat. Skim Rondaan Sukarela(SRS) juga semakin dikemaskini dan akan diperkasa dengan kemasukan ahli baru.
Padang rekreasi berhampiran post SRS juga nampaknya seakan ada penaiktarafan. Projek surau juga boleh dikatakan sudah menampakkan perkembangan positif. Alhamdulillah.
Di Jalan BKD juga bakal ada Tadika. Cuma belum ada kedai runcit. Jika adapun di TBKD 2. Jika ada blok kedai, lebih mudah memperoleh bekalan harian.
Lorong Bukit Katil Damai 4
Tuesday, November 2, 2010
Monday, October 4, 2010
Adab Berjiran
Perghh bersawang dah blog ni... semua orang tengah sibuk kot. Mehlah aku update adab-adab berjiran.. sesuai dengan konsep yang menjadi amalan di Jalan BKD 4.
1. Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
2. Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan
6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
8. Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
9. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.
10. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.

Sunday, September 12, 2010
Eidul Fttri Datang Lagi

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya Eidul Fitri kembali menyinari umat Islam pada fajar 1 Syawal. Beruntunglah mereka yang menyambutnya dengan terlebih dahulu menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya dan berazam pula untuk menambah baik seandai diizin untuk bertemu Ramadan yang akan datang.
Seperti tahun lalu, Taman Bukit Katil Damai menjadi lengang menjelang Syawal. Tambahan pula sekolah mula bercuti sejak Isnin. Justeru ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman masing-masing lebih awal. Pun begitu ada juga yang beraya di taman memandangkan kampung mereka terletak berhampiran.
Kebetulan saya sekeluarga juga tidak pulang ke kampung pada tahun ini memandangkan ayahanda dan bonda mentua berada dan menyambut Eidul Fitri di sini.
Terlanjur ada yang tidak kemana-mana pada malam raya lalu, kami telah berpakat mengadakan program takbir rumah ke rumah. Yang hadir antaranya selain saya ialah Ustaz Hanif, Rashidi, Rosli, Hanif, Rahman, Kamarul dan Ustaz Ghazali yang menjadi khalifah mengepalai takbir dan tahlil arwah.
Bermula kira-kira 9.00 malam, program berakhir hampir jam 2.00 pagi. Meriah juga malam itu diserikan dengan takbir, tahmid dan takdis memuji Ilahi. Mudah-mudahan yang mengundang rahmat dan keberkatan kepada seisi Taman Bukit Katil Damai, InsyaAllah. T.BUKADA
Sunday, August 22, 2010
Iftar Ramadan

17 Ogos lalu(Selasa) telah berlangsung Iftar Ramadan peringkat Taman BKD. Ia diadakan di musolla sementara di Jalan BKD 4. Alhamdulillah, kira-kira 70 orang hadir termasuk wakil dari Balai Polis Ayer Keroh. Walaupun sepatutnya kehadiran dijangka lebih ramai berdasarkan jumlah warga penduduk di Taman BKD, namun bilangan yang hadir tidaklah mengecewakan pihak penganjur iaitu Persatuan Penduduk Taman BKD.
Menu utama petang itu bihun goreng tetapi apabila hadirin yang datang masing-masing membawa buah tangan, bertambahlah bilangan menu yang dihidangkan. Selepas berbuka, solat Mghrib berjemaah. Sambil Menantikan waktu Isyak, pengerusi persatuan penduduk, saudara Mat Nor memberi sedikit penerangan tentang hal ehwal taman diikuti pula oleh wakil Balai Polis Ayer Keroh yang memberi penjelasan tentang keselamatan. Maljis malam itu berakhir dengan jemaah bersolat Isyak dan solat sunat terawih. T.BUKADA
Satu lagi perhimpunan yang pastinya terpahat dalam sanubari penduduk sebagai perhimpunan yang bermakna terutama yang hadir apabila dikenang kembali pada masa hadapan.
Wednesday, August 18, 2010
Untuk Renungan Para Sahabat
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-
1. Mandi ...Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Saturday, August 14, 2010
Ketuk-Ketuk Sahur

Malam tadi kawalan SRS(Skim Rondaan Sukarela) diteruskan buat pertama kalinya pada bulan Ramadan. Kebetulan giliran Kumpulan 4. Walaupun ahli kumpulan 4 tidak semua yang hadir tetapi ramai pula rakan-rakan lain turut sama berjaga.
i.
Seperti biasa rondaan dilakukan setiap sejam sekali. Tak ada apa yang luar biasa. Cuma beberapa anjing liar kelihatan berkeliran di Jalan 3. Sambil berkawal sambil menikmati roti canai dan teh tarik. Ahh....
Jam 2.45 pagi, Seorang remaja lelaki bermotosikal masuk ke taman. Sampai di pos kawalan, remaja tersebut ditanya tujuan dia masuk ke taman dalam ketika kebanyakan orang sedang dibuai mimpi. Katanya dia ingin membayar hutang cikgunya yang tinggal di Taman BKD. Cuma yang mencurigakan ialah dia sendiri tidak tahu nama dan alamat sebenar cikgunya itu. Yang agak melucukan ialah hutang yang ingin dilunaskan itu hanya berjumlah rm10.00 sahaja, Bayangkan betapa' setianya; seorang anak murid terhadap gurunya yang kononnya pula adalah seorang guru wanita.
Lantaran curiga dengan gelagat remaja itu, salah seorang dari rakan kami mengiringinya untuk mencari rumah cikgu tersebut. Kira-kira lima minit kemudian kedua mereka kembali ke pos kawalan. Ternyata rumah 'cikgu' yang dicari tidak ditemui malah kemungkinan tidak wujud.
Tidak puas hati dengan situasi dan gelagat remaja itu, beberapa rakan lain mula melakukan 'soal siasat'. Anak siapa gerangan yang berlegar-legar di luar rumah pada waktu sebegitu. Soal punya soal berbagai jawapan yang timbul. Akhirnya remaja itu diminta menghubungi ibu bapanya. Ibunya menjawab dan mengesahkan bahawa remaja itu adalah anak beliau dan bersetuju untuk datang menemui daan menjemput anaknya itu balik, kebetulan pula rumah mereka tidak jauh dari Taman Bukit Damai.
Sepuluh minit kemudian datanglah sepasang suami isteri. Si ayah berperawakan serius sementara si ibu pula lemah lembut. Setelah diberi penerangan oleh Ustaz Ghazali, si ayah akur akan karenah anaknya dan mengatakan bahawa beliau sendiri telah puas mencari anaknya itu sejak awal malam lagi. Satu pukulan hinggap ke beakang anaknya oleh si ayah. Kami cuba menenangkan keadaan. Barulah terbuka kisah sebenar di mana si anak tadi memang jarang melekat di rumah terutama apabila pulang bercuti dari asrama sekolah. Hampir 20 minit juga kami 'beramah mesra' dengan suami isteri itu. Walaupun keadaan agak tegang tetapi kami kami telah melaksanakan satu tanggungjawab sosial dan amar makruf iaitu cuba memberi perhatian kepada kepincangan yang melibatkan remaja. Semoga tindakan kami itu tidak disalahtafsir terutama oleh pasangan suami tersebut malah sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran bukan sahaja kepada mereka malah kepada kami yang juga mempunyai anak-anak termasuk anak remaja.
ii.
Sebelum menamatkan tugas SRS malam tadi, kami setelah mendapat restu pengerusi taman, cuba menghidupkan satu tradisi terutama di kampung-kampung iaitu aktiviti membangunkan penghuni taman untuk bangun bersahur-Ketuk-Ketuk Sahur.
Apa lagi walaupun dalam keadaan yang sedikit malu-malu, kami pun pusing kelliling taman sambil membunyikan hon, meniup wisel dan memukul kompang sambil berteriak, bangun sahur, bangun sahur. Semoga aktiviti ini tidak sampai menimbulkan 'kemarahan' penghuni taman. Apapun ianya sedikit sebanyak dapat mengembalikan nostalgia yang hanya berlaku pada bulan Ramadan. T.BUKADA
Subscribe to:
Comments (Atom)