Tiada ungkapan seindah itu setiap kali tiba bulan yang dipenuhi keberkatan dan keinsafan. Bulan di mana kita mengintai-intai kelebihan yang hanya datang sekali setahun. Alhamdulillah, bersyukur kita sekiranya dizinkanNya untuk bertandang lagi ke anjung Ramadan tahun ini. Yang pasti ini merupakan Ramadan ketiga yang dijalani oleh penduduk Taman Bukit Damai dalam menjalani ibadah puasa. Untuk dua tahun yang lalu ia berlalu dengan serba serbi kekurangan dari segi fizikal seperti penghuni masih belum ramai pada tahun 2008 sementara pada tahun lalu sedikit anjakan dengan adanya majlis solat terawih walaupun ianya berlangsung di bawah khemah di Jalan BKD 1.
Alhamdulillah pada tahun ini ada sedikit lagi anjakan apabila majlis solat terawaih bakal didirikan tetapi keli ini tidak lagi di atas aspal berbumbungkan khemah tetapi di dalam premis berupa rumah yang belum berpenghuni. Apa yang membanggakan penduduk di Jalan BKD 4 ialah rumah itu ditakdirkan berada di jalan BKD 4 dan letaknya betul-betul dalam blok perkumpulan BKD4 yang telah wujud sejak setahun lalu. Cuba fikirkan dalam-dalam bahawa itulah antara hikmahnya perkumpulan yang kita wujudkan walaupun ianya hampir malap namun kita pasti ia akan kembali semarak bersama datangnya rahmat Ramadan yang dinanti. T.BUKADA
No comments:
Post a Comment