Tuesday, August 10, 2010

Malam Ini Tarawih, Dinihari Esok Sahur, Pagi Esok Jangan Pula Sarapan


Almaklumlah datangnya setahun sekali. Cuma ingat memperingati bukan sahaja untuk rakan-rakan tapi yang lebih aula untuk diri sendiri. Sebab tu paling tidak kita digalakkan banyak berpuasa pada bulan-bulan Rejab & Syaaban supaya diri akan 'terbiasa' dengan suasana berpuasa di siang hari apabila tibanya Ramadan walaupun kita sudah mengamalkannya bertahun-tahun kerana sebagai insan kita perlu mengakui akan kelemahan demi kelemahan yang kita miliki. Justeru perlu ada insan lain yang memperingatkan kita lebih-lebih lagi dalam bab ibadah.
Setakat posting ini dibuat, tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita makan pada siang hari sebelum peluang untuknya akan tertutup rapat mulai esok sehinggalah datang Syawal, melainkan pada kes-kes tertentu, itupun tidak dengan sewenang-wenangnya kerana kita perlu menghormati bulan Ramadan apatah lagi mereka yang menjalani ibadah puasa.
Semoga kes makan di khalayak ramai tidak berleluasa seperti tahun-tahun lalu. Semoga kesedaran tentang ibadah puasa tidak diambil ringan oleh umat Islam. Semoga jiwa-jiwa yang lemah tahun lepasu sudah menjalani tarbiah pada sebelas bulan yang lalu dan sudah pasrah dan redha untuk melakukan ibadah puasa yang bakal menjelang dengan kusyuk dan tawaduk. Sementelah semoga kualitinya juga turut meningkat.
Kepada rakan-rakan Jalan BKD 4, salam Ramadan untuk semua. Ayuh kita hidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah. Sekiranya ada kelebihan, kita hidupkan pula tradisi tukar-menukar juadah berpuasa. Biar sedikit, walau segigit berakahnya yang kita gamit. InsyaAllah. Maaf zahir dan batin. Kita melangkah ke kamar 'kekasih' mulai maghrib ini dengan jiwa putih bersih T.BUKADA


No comments:

Post a Comment