Alhamdulillah Ramadan kali ini disambut lagi. Syukur kerana kita diizinkan bertamu buat kesekian kalinya pada bulan peuh keberkatan ini. Semoga diizinkan pula olehNya untuk kita sampai ke penghujung Ramadan.
Untuk kali kedua, penduduk-penduduk Taman Bukit Katil Damai seperti umat Islam lain mendirikan solat Tarawih berjemaah di taman puncak bukit ini. Cuma jika tahun lalu bersolat Isyak dan Trawih di bawah khemah di Jalan 1 tetapi tahun ini menumpang di tempat yang lebih selesa, di rumah 31 Jalan BKD 4. Alhamdulillah setakat malam keempat tidak kurang lima puluh jemaah hadir mendirikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih diimamkan oleh sohibul fadhilah Uztaz Ghazali dan Ustaz Haniff. Kebetulan kedua-duanya adalah penghuni di Jalan BKD 4. Selepas solat tarawih, jemaah berkesempatan juga menikmati moreh yang disediakan secara bergilir.
Semoga kehadiran jemaah yang konsisten sehingga ke akhir Ramadan walaupun masjid-masjid berhampiran seperti di Masjid Kampung Tun Abdul Razak menyediakan imam-imam terdiri daripada para hafiz. T.BUKADA
No comments:
Post a Comment